Sabtu, 17 November 2012

Renungan tentang Ikan dan Masa depan.


"Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya...
ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin
ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke
akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu,
mengenyangkan, berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu, menyayangimu, mengasihimu. Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga
yang akan menyesal...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan