Ahad, 8 Disember 2013

Berita dari Thailand

Pemimpin antikerajaan Thailand buat penentuan hari ini
Mahu kepung Rumah Kerajaan






Bangkok: Pemimpin antikerajaan Thailand, Suthep Thaugsuban mengisytiharkan protes terhadap Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, akan diteruskan atau dihentikan hari ini berdasarkan kehadiran penunjuk perasaan.

Ketika berada di kompleks kerajaan yang menjadi tapak protes utama, Suthep berkata, beliau tidak akan meneruskan bantahan lebih lama lagi tetapi turut menekankan mereka tetap akan 'menang atau kalah.' 


"Hari ini akan menjadi medan perjuangan terakhir. Kita akan menang atau kalah. Jika kita gagal (menggulingkan kerajaan), saya akan menyerah kalah dan serah diri kepada polis," katanya kepada penunjuk perasaan. 



Suthep menggesa semua penduduk Thai mengambil bahagian dalam bantahan bagi memulihkan 'kedaulatan rakyat' daripada apa yang disifatkan kerajaan dan Parlimen yang tidak sah.




Sumber Berita Harian

http://anakalidz.com?ref=ainulfatma-401

Tiada ulasan:

Catat Ulasan